Peraduan Syarahan

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 23:15 in | comments (0)

Hari Khamis. 25hb Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan peraduan syarahan. Peraduan ini disertai oleh beberapa orang murid dari darjah pra hingga darjah VI. Pemenang syarahan akan ditandingkan lagi dengan pemenang syarahan sesi petang bagi memilih wakil Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna untuk ke peraduan syarahan sekolah-sekolah ugama yang akan dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam nanti.



Di samping peraduan syarahan ianya juga diselitkan dengan beberapa persembahan seperti bacaan surah, seruan azan dan nasyid daripada murid-murid.



Sekitar peraduan syarahan diadakan:

Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 23:06 in | comments (0)



Hari Selasa. 23hb Februari 2010, satu sejarah negara lagi tercatit iaitu dengan perhimpunan agung sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddein. Perhimpunan tersebut diadakan dalam suasana yang gilang-gemilang dan dipenuhi dengan warna warni walaupun turut ditemani dan dibasahi oleh hujan renyai-renyai.

Acara tersebut dijayakan dengan melibatkan lebih kurang 17,000 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, swasta, persatuan-persatuan, institut-institut pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah dan juga warga-warga asing yang menetap di negara ini.

Tema sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 "NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM".

Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 22:37 in | comments (0)



Hari Isnin. 22hb Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan solat sunat hajat, membaca surah yasin dan doa kesyukuran beramai-ramai sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26.

Acara ini bermula dari pukul 7.30 pagi hingga selesai. Tujuan utama acara ini diadakan ialah untuk memohon kepada Allah Subhanahu Wataala supaya Negara Brunei Darussalam dilindungi daripada perkara-perkara musibah terutama penyakit Influenza H1N1 pada masa kini.

Majlis Memperingati Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 21:22 in | comments (0)



Hari Selasa. 16hb Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan majlis dikir sempena memperingati hari kelahiran junjungan nabi besar kita Nabi Muhammad SAW. Majlis tersebut diketuai oleh Cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad.

Kempen Program 3K Bersama Murid-Murid

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 07:55 in | comments (0)

Hari Isnin. 8hb Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan kempen 3k. Kempen ini melibatkan guru-guru dan juga murid-murid darjah IV, V dan VI. Adapun tujuan kempen ini diadakan, selain daripada membisaikan kawasan sekolah, kempen ini juga diharap dapat mengukuhkan hubungan guru-guru dengan murid-murid serta melatih murid-murid untuk membantu mengurangkan pemanasan global dunia pada masa kini.




Majlis Perlantikkan Prefek-Prefek dan Ahli-Ahli 3K

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 08:39 in | comments (0)

Hari Isnin. 8 Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan majlis perlantikkan secara rasmi prefek-prefek dan ahli-ahli 3K bagi tahun 2010M /1431H dan seterusnya melafazkan ikrar daripada prefek-prefek dan ahli-ahli 3K. Majlis tersebut diadakan selepas acara menaikkan bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26.

Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, cikgu Hjh Noorhalifah Binti Hj Mantok telah bersedia untuk menyampaikan kain khas kepada prefek-prefek dan ahli-ali 3K yang telah dipilih oleh guru-guru darjah dan ahli-ahli jawatan kuasa 3K.



Penyataan ikrar daripada prefek-prefek dan ahli-ahli 3K
Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi.

Penolong Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi, cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad telah memberikan penerangan dan penjelasan mengenai tugas-tugas dan tanggongjawab prefek-prefek dan ahli-ahli 3K sambil diperhatikan oleh guru-guru.




MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 17:47 in | comments (0)

Hari Isnin. 8 Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan acara menaikkan bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26. Tujuan acara ini diadakan ialah untuk menimbulkan rasa cinta murid-murid terhadap agama, bangsa dan negara.


Hari Sabtu. 30hb Januari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah memilih dan melantik beberapa orang murid menjadi prefek dan ahli-ahli 3K bagi tahun 2010M / 1431H. Hasil daripada pemilihan tersebut jumlah prefek seramai 14 orang dan ahli-ahli 3K seramai 15 orang. Acara tersebut juga diselajurkan dengan penerangan tentang tugas dan tanggongjawab yang perlu dijalankan sebagai seorang prefek dan ahli 3K.

KEMPEN PROGRAM 3K SU PAP MASNA 2010

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 08:53 in | comments (0)



Gambar di atas menunjukkan guru-guru Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi melaksanakan sebahagian daripada Program 3K. Program 3K adalah salah satu aktiviti yang dirancang oleh Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama untuk semua sekolah ugama di negara ini. Tujuan program ini diadakan ialah untuk membisaikan kawasan sekolah seperti bertanam bunga, menjaga kebersihan kawasan sekolah seperti mengadakan kempen kebersihan dan menjaga dan memastikan kesihatan semua murid seperti mengadakan aktiviti bersukan. Natijah daripada program ini ianya diharap akan dapat membantu mewujudkan suasana yang lebih kondusif terhadap diri murid-murid bagi menghadapi proses pembelajaran di sekolah ugama.

Solat Sunat Dhuha, Bacaan Tahlil Dan Doa Arwah

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 15:58 in | comments (0)







Pada setiap Hari Khamis murid-murid SU PAP Masna sesi pagi menunaikan solat sunat Dhuha bermula dari pukul 7.15 pagi hingga 7.30 pagi dan setiap penghujung bulan pada hari tersebut selepas menunaikan solat sunat Dhuha akan diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa arwah. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid-murid bagi membiasakan dan seterusnya dapat dijadikan amalan dalam kehidupan mereka. Sebagaimana kata pepatah melayu "Kalau hendak melentur buloh biarlah dari rebungnya"

SUPAPMASNA SESI PAGI

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 07:34 in | comments (0)



Sekolah Ugama PAP Masna sesi pagi mengadakan aktiviti menghalusi pelajaran Amali Agama pada setiap Hari Rabu. Aktiviti ini dijalankan oleh guru-guru yang bertugas. Antara pelajaran Amali Agama yang diberi perhatian atau ditekankan oleh guru yang bertugas ialah bacaan dalam solat, wirid, zikir, ayat-ayat lazim, doa seharian dan sebagainya.