Kempen 3k Tahun 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 12:41 in | comments (0)

Hari Sabtu. 22 Januari 2011M bersamaan 17 Safar 1432H , Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan kempen 3k kali pertama bagi tahun 2011M/1432H. Kempen tersebut diketuai oleh guru 3k iaitu cikgu Hjh Masni Binti Hj Mohin dan seterusnya membahagi-bahagikan tugas-tugas 3k kepada beberapa bahagian. Kempen berakhir jam 10.15 pagi. Sebelum kempen 3k dimulakan, acara memanaskan badan telah dijalankan yang diketuai oleh cikgu Hj Morshidi Bin Hj Mohammad.


PEMILIHAN PREFEK-PREFEK DAN AHLI-AHLI 3K TAHUN 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 11:53 in | comments (0)

Hari Khamis. 20 Januari 2011M bersamaan 15 Safar 1432H , Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan majlis pemilihan prefek-prefek dan ahli-ahli 3K bagi bagi tahun 2011M/1432H. Sebelum majlis dijalankan, Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah memberikan ucapan serba sedikit tentang tugas dan tanggungjawab murid-murid yang akan dilantik nanti.




Setelah majlis perlantikkan prefek-prefek dan ahli-ahli 3K bagi tahun 2011M/1432H dijalankan, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh prefek-prefek dan ahli-ahli 3k yang diketuai oleh ketua prefek iaitu Jilimi Bin Solehin darjah VI Alif.