Sambutan Majlis Isra Dan Mikraj 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 09:28 in | comments (0)

Hari Sabtu. Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan Sambutan Majlis Isra dan Mikraj pada 2 Julai 2011M bersamaan 30 Rejab 1432H.


Sambutan Majlis Isra dan Mikraj diisi dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Kamsiah binti Abdullah dan Cikgu Hj Md Rais bin Hj Duraman dari Universiti Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan yang sedang membuat latihan mengajar di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna. Sesi ceramah tersebut diselangi dengan soal-jawab dan setiap murid yang dapat menjawab soalan dengan betul akan menerima hadiah.


Antara tujuan majlis tersebut diadakan ialah untuk mengimbas kembali akan sirah atau perjalanan hidup Rasullullah SAW yang merangkumi salsilah baginda dan juga perjuangan baginda dalam menegakkan dan mengembangkan serta mempertahankan Ugama Islam. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Md Rais bin Hj Duraman.




Peraduan Tahlil Kali Ke 19

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 05:59 in | comments (0)

Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Peraduan Tahlil Dan Doa Arwah ( peringkat saringan ) kali ke 19 bagi pelajar-pelajar lelaki dan perempuan sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei lll di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna Jalan Tutong Negara Brunei Darussalam selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Jun 2011M bersamaan 25 dan 26 Rejab 1432H. Sebanyak 14 buah sekolah ugama telah mengikuti peraduan tersebut.





Antara tujuan peraduan tersebut diadakan ialah sebagai usaha ke arah mencapai matlamat persekolahan ugama bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah-sekolah ugama pandai membaca tahlil dan doa arwah dengan baik untuk dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Pemenang pelajar lelaki dari Sekolah Ugama Pengiran Anak puteri Amal Ummi Kalthum Mulaut dan pemenang perempuan dari Sekolah Ugama Pasukan Anak-Anak Polis Diraja.






Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti peraduan tersebut telah disampaikan oleh Dk Hjh Masrelawati binti Pg Hj Md Said Pegawai Pengajian Islam Daerah Brunei lll. Turut hadir pada peraduan tersebut Penolong Pegawai Pengajian Islam Daerah Brunei lll, pegawai-pegawai daripada bahagian kegiatan ko-kurikulum Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dan juga guru-guru pengawas peserta. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang disampaikan oleh Cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad.





Photobucket

Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 05:41 in | comments (0)

Hari Khamis. 23 Jun 2011 bersamaan 21 Rejab 1432 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan majlis menandatangani rekod kemajuan murid setelah menghadapi peperiksaan setengah tahun.

Antara tujuan majlis ini diadakan supaya guru-guru dan ibubapa atau penjaga murid dapat bermuzakarah bagi meningkatkan prestasi pembelajaran murid di sekolah.





Ceramah Motivasi

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 07:01 in | comments (0)

Hari Isnin. 9 Mei 2011 bersamaan 5 Jamadilakhir 1432 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Cikgu Ali Yusri.


Tujuan ceramah motivasi ini diadakan ialah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid akan kepentingan pelajaran dalam kehidupan mereka pada masa akan datang. Dengan adanya ceramah ini diharap murid-murid akan bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan pembelajaran mereka di sekolah.


Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan oleh Cikgu Hjh Noralifah binti Hj Mantok Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna dan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Abd Rahman bin Hj Ahmad.




Perlawanan Futsal 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 05:14 in | comments (0)

Hari Ahad. 10 April 2011 bersamaan 6 Jamadilawal 1432 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah menghantar dua buah pasukan yang memakili sesi pagi dan petang untuk menyertai perlawanan futsal anjuran JKPSSUB3.


Antara tujuan perlawanan futsal diadakan ialah untuk mengiratkan ukhwah antara murid-murid dan guru-guru sekolah ugama kawasan Brunei lll.


Perlawanan tersebut telah dijuarai oleh pasukan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi petang. Sementara pasukan sesi pagi hanya mampu sampai ke peringkat separuh akhir sahaja. Hadiah telah disampai oleh Awang Haji Jaafar bin Haji Damit Penolong Pegawai Pengajian Islam Brunei lll.








Lawatan Nazir Al-Quran

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 14:20 in | comments (0)

Hari Sabtu. 10 April 2011M bersamaan 6 Jamadilawal 1432H, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah didatangi oleh Cikgu Hj Noraidi bin Hj Ibrahim nazir lawatan bahagian al-Quran. Lawatan tersebut ketika guru-guru sesi pagi mengadakan Murattal al-Quran di sebelah petang.

Antara tujuan lawatan tersebut ialah untuk membantu guru-guru pada mengukuhkan bacaan al-Quran dengan menerangkan sedikit sebanyak tentang hukum tajuwid yang selalu didapati banyak kesalahan dilakukan ketika membacanya.




Taklimat RPM dan RKT

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 06:52 in | comments (0)

Hari Khamis. 17 Mac 2011M bersamaan 12 Rabiulakhir 1432H Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan sesi taklimat kepada guru-guru sesi pagi dan petang mengenai skim RPM dan RKT yang baru.


Antara tujuan skim baru ini diadakan ialah untuk mengemaskinikan bagi kemudahan guru-guru untuk menyediakan Rancangan Persediaan Mengajar (RPM) dan Rancangan Kerja Tahunan (RKT) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.


Hasil dari taklimat tersebut guru-guru diminta untuk membentangkan tatacara RPM dan RKT dibentuk untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.





Proram 3K

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 20:15 in | comments (0)

Hari Khamis. 16 Mac 2011M bersamaan 1 Rabiulakhir 1432H, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan aktiviti walkaton dan sukan bagi murid-murid dan juga guru-guru sebelum cuti penggal pertama persekolahan.

Antara tujuan aktiviti ini diadakan ialah selain dari mengikuti program 3K anjuran Jabatan Pengajan Islam ianya juga bertujuan untuk menjaga kesihatan murid-murid dan juga guru-guru serta dapat merehatkan minda dari pembelajaran dan pengajaran seharian di sekolah.



sesi petang



Peraduan Tulisan Jawi

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 18:15 in | comments (0)

Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengikuti Peraduan Tulisan Jawi yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam melalui sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei lll pada Hari Rabu 15 Mac 2011 bagi sesi pagi dan Hari Khamis 16 Mac 2011 bagi sesi petang.


Antara tujuan peraduan tersebut selain dari memilih wakil sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei lll untuk ke peringkat seterusnya ianya juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap keindahan tulisan jawi. Dengan demikian tulisan jawi yang dianggap salah satu warisan bangsa Melayu akan terjaga dan tidak akan hilang di telan zaman.