Undian Peraduan Rawi Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 13:27 in | comments (0)

Hari Selasa. 30 Mac 2010M bersamaan 14 Rabiulakhir 1431H, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna selaku tuan rumah telah mengadakan acara sesi taklimat pertandingan rawi peringkat pemilihan bagi sekolah-sekolah ugama kawasan brunei III kepada guru-guru besar sekolah ugama kawasan brunei III dan seterusnya melakukan cabutan undian.

Sesi taklimat tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad. Kemudian ucapan kata alu-aluan disampaikan oleh cikgu Hjh Norhalifah binti Hj Mantok, Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna selaku pengerusi pertandingan tersebut kepada hadirin dan seterusnya sesi taklimat disampaikan oleh cikgu Hj Jaya bin Hj Metusin, Penolong Guru Besar Sekolah Ugama Katimahar sesi pagi. Turut hadir pada hari tersebut beberapa orang pegawai dari ko-kurikulum Jabatan Pengajian Islam bagi menyaksikan cabutan undian. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad dan seterusnya menikmati jamuan.


Pengurusan Jenazah

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 10:26 in | comments (0)


Hari Selasa. 16 Mac 2010, bahagian amali agama, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan aktiviti fardhu kifayah iaitu cara menyempurnakan jenazah orang Islam yang disampaikan oleh Ustaz Syeikh Idham bin Syeikh Nikman. Antara tujuan aktiviti ini diadakan supaya murid-murid dapat mengetahui dan memahami serba sedikit tentang bagaimana caranya jenazah orang Islam itu wajib disempurnakan. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada penceramah undangan oleh cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad.

Program 3K

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 09:13 in | comments (0)

Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan aktiviti kesihatan selama dua hari iaitu pada Hari Rabu 17 Mac 2010, acara sukan bagi setiap darjah dan pada Hari Khamis 18 Mac 2010 acara walkaton. Tujuan utama aktiviti ini diadakan ialah untuk beriadah dan juga untuk melepaskan tekanan perasaan selepas menghadapi ujian kali pertama. Diakhir semua acara tersebut disampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang oleh guru-guru darjah dan guru besar.





Kempen 3K

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 08:55 in | comments (0)

Hari Sabtu. 13 Mac 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan kempen 3K iaitu membersihkan luar dan dalam kawasan sekolah. Selain dari itu, diadakan juga acara perasmian penggunaan kolam ikan iaitu dengan melepaskan beberapa ekor ikan ke dalam kolam tersebut oleh Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna.






Ujian Kali Pertama

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 07:56 in | comments (0)




Hari Rabu. 3 hingga 11 Mac 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan ujian kali pertama. Ujian tersebut adalah untuk menilai hasil proses pembelajaran murid-murid dari Bulan Januari hingga Bulan Mac. Mudah-mudahan semuanya berjaya.....




Peraduan Membaca Al-Quran

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 07:14 in | comments (0)


Hari Rabu. 3 dan 4 Mac 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah menghantar wakil murid untuk mengikuti pertandingan membaca Al-Quran bagi kategori 'A'. Pertandingan tersebut adalah peringkat pemilihan murid-murid sekolah ugama /arab bagi kawasan Brunei III yang diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Muda Abdul Malik Bengkurong. Sementara kategori 'B' pula diadakan di Sekolah Ugama Surau Polis Gadong iaitu pada 6 Mac 2010