Majlis Penyampaian Sijil PSSSRU 2009

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 04:46 in | comments (0)

Hari Sabtu. 19 Februari 2011M bersamaan 16 Rabiulawal 1432H, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi dan petang telah mengadakan majlis penyampaian sijil PSSSRU kepada murid-murid darjah VI bagi tahun 2009.


Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna Cikgu Norhalifah binti Hj Mantok. Antara isi kandungan ucapan beliau ialah menasihatkan kepada murid-murid darjah VI yang akan menerima sijil agar sentiasa belajar dengan tekun dan mengamalkan sikap-sikap yang terpuji. Selain daripada itu guru besar juga menasihatkan kepada semua murid terutama kepada murid-murid darjah VI bagi tahun 2011 agar menjadikan kejayaan murid-murid darjah VI bagi tahun 2009 sebagai contoh dan menjadikannya motivasi kepada diri mereka bagi menghadapi peperiksaan PSSSRU nanti.


Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil PSSSRU kepada murid-murid darjah VI bagi tahun 2009 yang disampaikan oleh guru besar dan seterusnya bacaan doa selamat serta menikmati jamuan.

Sekitar penyampaian sijil sesi pagi







Sekitar sesi petang





Majlis Membaca Surah Yasin Dan Doa Kesyukuran

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 04:25 in | comments (0)

Hari Selasa. 22 Februari 2011M bersamaan 19 Rabiulawal 1432H, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27.

Antara tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memohon kepada Allah Subhanahu Wataala supaya menjadikan Negara Brunei Darussalam kekal menjadi sebuah negara Islam yang merdeka lagi berdaulat serta dilindungi daripada bala bencana.

Majlis diakhiri dengan doa kesyukuran yang dibacakan oleh Cikgu Hj Murshidi bin Hj Mohammad dan bacaan doa selamat dibacakan oleh Cikgu Abd Rahman bin Hj Ahmad.


Majlis Penutup Dikir

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 04:15 in | comments (0)

Hari Khamis. 17 Februari 2011M bersamaan 14 Rabiulawal 1432H, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan majlis penutup dikir sempena Maulidur Rasul bagi tahun 1432H. Majlis tersebut juga turut diselajurkan dengan ceramah khas sempena Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Cikgu Jamil bin Hj Moksin. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah cenderahati daripada Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna Cikgu Norhalifah binti Hj Mantok kepada penceramah undangan dan seterusnya bacaan doa selamat dibacakan oleh Cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad.

Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 27

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 17:46 in | comments (0)



Hari Isnin. 14 Februari 2011M bersamaan 11 Februari 1432H, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan aktiviti menaikkan bendera kebangsaan sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun. Aktiviti tersebut melibatkan murid-murid dari darjah pra hingga darjah 6.







Selepas menaikkan bendera kebangsaan, acara diteruskan dengan ceramah mengenai bendera kebangsaan iaitu serba sedikit mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam terhadap Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang disampaikan oleh guru besar. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat dan doa kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun yang dibacakan oleh Cikgu Abd Rahman bin Hj Ahmad.








Peraduan Dikir

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 17:01 in | comments (0)

Hari Khamis. 10 Februari 2011M bersamaan 7 Rabiulawal 1432H Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah menghantar wakil peserta murid lelaki dari sesi pagi untuk mengikuti peraduan dikir peringkat pemilihan bagi kawasan Brunei 111 bertempat di Sekolah Ugama Katimahar. Hasil dari peraduan tersebut peserta murid lelaki Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mendapat tempat kedua dan tempat ketiga peserta murid dari Sekolah Ugama Kiarong. Sementara tempat pertama dimenangi oleh peserta murid lelaki dari Sekolah Ugama Anak-Anak Polis Gadong.

Sementara penyampaian hadiah dilakukan pada Hari Isnin 14 Februari 2011M bersamaan 11 Rabiulawal 1432H oleh Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna iaitu Cikgu Norhalifah binti Hj Mantok. Sebelum murid-murid peserta dikir menerima hadiah, mereka terlebih dahulu membuat persembahan di Dewan Raudah Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna dihadapan murid-murid Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi. Antara tujuan persembahan tersebut diadakan supaya murid-murid lain berani tampil untuk mengikuti sebarang aktiviti-aktiviti sekolah.



Sambutan Maulidur Rasul 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 07:34 in | comments (0)

Hari Sabtu. 5 Februari 2011M bersamaan 2 Rabiulawal 1432H , murid-murid Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan majlis dikir sempena sambutan Maulidir Rasul. Majlis tersebut diketuai oleh Cikgu Haji Morshidi Bin Hj Mohammad dan diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Cikgu Abd Rahman Bin Hj Ahmad.

Antara tujuan majlis ini diadakan ialah selain daripada memperingati kelahiran junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad saw, ianya juga bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid untuk mempraktikalkan pelajaran dikir sebagaimana yang telah mereka pelajari di sekolah dan juga sebagai persediaan untuk dipraktikalkan dalam kehidupan mereka seharian terutama dalam majlis-majlis yang tertentu.

Antara sekitar majlis tersebut....


Hari Rabu. 2hb Februari 2011M bersamaan 28 Safar 1432H, keputusan Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama bagi sekolah-sekolah ugama di Negara Brunei Darussalam telah dikeluarkan. Hasil keputusan PSSSRU bagi Sekolah Ugama Pengiran Anak puteri Masna adalah seperti berikut:




Tahniah!!! bagi mereka yang berjaya dan kepada yang gagal cuba berusaha lagi pada tahun ini............ mudah-mudahan akan berjaya............. lebihkan usaha..................