Lawatan Muhibbah Dari Malaysia

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 16:06 in | comments (0)

Hari Rabu. 19 Oktober 2011M bersamaan 21 Zulkaedah 1432H Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah menerima lawatan seramai 20 orang bakal guru dan juga pensyarahnya dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor Malaysia yang diketuai oleh Dr Hj Isnauk Bin Abas dan Ustaz Fauzi Bin Abd Majid.


Rombongan lawatan tersebut disambut oleh Penolong Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna Cikgu Hj Morshidi Bin Hj Mohamad dan Cikgu Siti Minah Binti Taha. Setelah rombongan tersebut diberikan taklimat mengenai sekolah mereka pun dibawa melihat persekitaran sekolah dan juga melihat bagaimana guru-guru menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah.

Antara tujuan lawatan tersebut ialah untuk mengukuhkan pengetahuan bakal pendidik tentang profesionalisme perguruan di Negara Asean dan juga memupuk semangat bekerjasama di kalangan bakal pendidik sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan.

Acara lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan antara pihak sekolah dengan pihak Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi Selangor Malaysia.





Majlis Khatam Al-Quran 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 06:44 in | comments (0)

Hari Sabtu. 3 Zulkaedah 1432H bersamaan 1 Oktober 2011M Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran bagi pelajar-pelajar Darjah VI seramai 105 orang pelajar termasuklah seorang pelajar darjah pra yang berumur 7 tahun.

Acara majlis pada hari tersebut dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu majlis Dk Masrelawati Binti Pg Md Said Pegawai Pengajian Islam Daerah Brunei lll Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dan diteruskan dengan bacaan Al-Quran oleh peserta khatam.

Turut hadir pada majlis tersebut Penolong Pegawai Pengajian Islam Daerah Brunei lll, pegawai-pegawai daripada bahagian kegiatan ko-kurikulum Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dan juga guru besar sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III.

Sebelum majlis khatam berakhir tetamu majlis telah menaburkan bunga rampai dan menyampaikan sijil kepada peserta khatam kemudian diikuti taburan bunga rampai oleh ibubapa kepada anak-anak mereka yang mengikuti majlis khatam tersebut. Majlis khatam diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad.












Persiapan Sebelum Majlis Khatam Al-Quran 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 13:37 in | comments (0)











Kempen 3K

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 13:43 in | comments (0)

Hari Selasa. 27 September 2011M bersamaan 29 Syawal 1432H Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan aktiviti kempen kebersihan 3k.

Selain dari aktiviti sekolah 3k ianya juga bertujuan untuk membisaikan kawasan sekolah sebelum majlis khatam al-Quran darjah VI yang akan dilangsungkan pada 1 Oktober 2011M bersamaan 3 Zulkaedah nanti.




Sambutan Hari Raya Dan Hari Guru

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 04:01 in | comments (0)



Selamat Hari Raya Dan Hari Guru



Hari Sabtu. 17 September 2011M bersamaan 19 Syawal 1432H Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan juga diselajurkan dengan Sambutan Hari Guru.


Acara majlis dimulakan dengan ucapan daripada Cikgu Noralifah binti Hj Mantok Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna. Kemudian diikuti ucapan daripada Mohd Jilimi bin Mohd Solihen ketua pelajar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi.










Pada majlis tersebut diadakan bermacam-macam aktiviti seperti persembahan dari darjah pra hingga darjah VI, soalan kuiz, peraduan bilik darjah tercantik sempena Hari Raya, pakaian pelajar dan guru tercantik, hadiah pelajar dan guru berbakti dan cemerlang dan sebagainya.



Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Mohd Jilimi bin Mohd Solihen. Selepas itu guru-guru menziarahi setiap bilik darjah dengan disambut oleh pelajar-pelajar sambil bermaaf-maafan.





Peraduan Bacaan Rawi 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 17:34 in | comments (0)

Hari Khamis. Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengikuti Peraduan Bacaan Rawi lelaki dan perempuan bagi sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III selama dua hari bermula 21 dan 23 Julai 2011M bersamaan 19 dan 21 Syaaban 1432H di Sekolah Ugama Rimba I anjuran Jabatan Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Antara tujuan peraduan tersebut diadakan ialah untuk memilih wakil peserta bacaan rawi lelaki dan perempuan sekolah ugama kawasan Brunei lll ke peringkat akhir nanti.

Peserta bacaan rawi lelaki diwakili pelajar sesi pagi dan peserta bacaan rawi perempan diwakili pelajar sesi petang. Hasil keputusan peraduan tersebut peserta lelaki mendapat tempat yang ke sembilan sementara peserta perempuan mendapat tempat yang pertama.



Majlis Khatam Al-Quran 65

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 16:40 in | comments (0)

Hari Rabu. Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 65 tahun pada 20 Julai 2011M bersamaan 18 Syaaban 1432H.

Tujuan majlis tersebut diadakan untuk mendapatkan keberkatan bagi memeriahkan lagi acara Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 65 tahun.

Acara diakhiri dengan dikir marhaban dan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad.




Selain dari itu turut juga diadakan majlis perpisahan bagi guru-guru dari Universiti Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan yang sedang membuat latihan mengajar di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna iaitu Cikgu Md Rais bin Hj Duraman dan Cikgu Kamsiah binti Abdullah.