Walkaton Merdeka 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 03:46 in | comments (0)

Hari Ahad. 13 Mac 2011M bersamaan 8 Rabiulakhir 1432H, guru-guru Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengikuti aktiviti Walkaton Merdeka Bersama Keluarga sejauh 3.5km yang dianjurkan oleh JKPSSUB3 iaitu Jawatan Kuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Brunei III.


Acara tersebut telah diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas iaitu kira-kira jam 7.30 pagi yang melibatkan kira-kira 200 orang guru ugama kawasan Brunei III bersama keluarga masing-masing termasuklah tetamu kehormat pada hari tersebut iaitu Cikgu Hj Said bin Hj Abas Ketua Unit Ko Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pegawai Pengajian Islam Daerah kawasan Brunei III beserta penolongnya dan juga beberapa orang pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Antara tujuan aktiviti ini diadakan ialah selain untuk kesihatan ianya juga bertujuan untuk mengeratkan perhubungan dan ukhuwwah antara guru-guru Ugama kawasan Brunei III dan juga dengan Pegawai Pengajian Islam Daerah kawasan Brunei III.


Aktiviti diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat yang disampaikan oleh Cikgu Dk Hjh Masrelawati Binti Pg Md Said Pegawai Pengajian Islam Daerah Kawasan Brunei III dan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Sabtu Bin Taai Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Muda Abd Malik Bengkurong.