Solat Sunat Dhuha, Bacaan Tahlil Dan Doa Arwah

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 15:58 in | comments (0)







Pada setiap Hari Khamis murid-murid SU PAP Masna sesi pagi menunaikan solat sunat Dhuha bermula dari pukul 7.15 pagi hingga 7.30 pagi dan setiap penghujung bulan pada hari tersebut selepas menunaikan solat sunat Dhuha akan diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa arwah. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih murid-murid bagi membiasakan dan seterusnya dapat dijadikan amalan dalam kehidupan mereka. Sebagaimana kata pepatah melayu "Kalau hendak melentur buloh biarlah dari rebungnya"

SUPAPMASNA SESI PAGI

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 07:34 in | comments (0)



Sekolah Ugama PAP Masna sesi pagi mengadakan aktiviti menghalusi pelajaran Amali Agama pada setiap Hari Rabu. Aktiviti ini dijalankan oleh guru-guru yang bertugas. Antara pelajaran Amali Agama yang diberi perhatian atau ditekankan oleh guru yang bertugas ialah bacaan dalam solat, wirid, zikir, ayat-ayat lazim, doa seharian dan sebagainya.

SU PAP MASNA telah mengadakan majlis diatas pada pagi 23.10.2009 hari Jumaat. Seramai 78 orang murid-murid yang menerima sijil, 68 orang murid-murid sebelah petang dan 15 orang murid-murid sebelah pagi, 4 orang daripadanya mendapat 5 Agg.(3orang Murid Petang dan 1 orang murid pagi).

Sijil-sijil dan hadiah cemerlang itu di Sempurnakan oleh Tetamu kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dyg Hajah Salmah binti Haji Ahmad, Pegawai Nazir Lawatan, Kawasan Brunei III, Jabatan Pengajian Islam. Di antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III iaitu Pg Hjh Masrelawati binti Pg Hj Mohd Said dan Penolong Pegawai Pengajian Islam Cikgu Hj Jaafar bin haji Awang Damit dan Guru-guru SU PAP Masna Pagi dan Petang.

Acara Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah yang di ketuai oleh Cikgu Haji Morsidi bin Haji Mohammad. Seterusnya ucapan daripada Pengerusi Majlis iaitu Cikgu Hjh Noor Alifah binti Haji Mantok (Guru Besar SU Pap Masna)

Di antara isi kandungan ucapan Guru Besar ialah "Ucapan Tahniah kepada murid-murid yang lulus didalam peperiksaan sijil Sekolah-sekolah Ugama Darjah VI 2008 dan Kepada Murid-murid yang mendapat Grade 1 dan Agg 5, Kecemelangan ini di harapkan dapat menjadi contoh kepada murid-murid pada masa ini yang mana tidak lama lagi menduduki peperiksaan yang sijil sekolah Ugama.

Tetamu kehormat juga memberikan ucapan pada majlis tersebut, Di antara isi kandungan ucapan tetamu kehormat ialah " Murid-murid yang telah tamat belajar dan Lulus Dalam peperiksaan sijil sekolah-sekolah ugama darjah VI hendaklah meneruskan amalan membaca al Quran dan Amali Agama secera berterusan, janganlah setakat mempelajari semasa di sekolah sahaja. Jadikanlah ia satu Amalan"



Acara majlis di sudahi dengan bacaan doa Selamat yang di bacakan oleh Cikgu Haji Harun bin Haji Zakaria.







MAJLIS KHATAM AL QURAN BAGI MURID-MURID DARJAH 6 THN 2009

Majlis khatam al quran di adakan pada 11hb. Oktober, 2009. Bertempat di institut tahfiz Al Quran Sultan Hasanal Bolkiah. Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Ustaz Haji Jadid Bin Haji Damit, Pegawai Pelajaran, Unit Kenaziran JPI.

Khatam murattal Al Quran bagi guru-guru supap Masna petang di adakan pada 15hb. Ogos, 2009 bersamaan dengan 24hb. Sya'ban 1430H.Pada Jam 8.30 Pagi di bilek sumber.

Majlis khatam di mulakan dengan suratul Fatihah yang di mulakan oleh Guru Besar SUPAP Masna, iaitu Cikgu Noorhalifah binti Haji Mantok.



Doa Khatam Al Quran dibaca oleh Cikgu Haji Harun bin Haji Zakaria, Manakala Doa Tahlil dan Arwah di baca oleh Cikgu Haji Abdul Kadir bin Haji Kurus.




Gambar-gambar yang Lainnya:-

BIMBINGAN FARDHU KIFAYAH

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 05:39 in | comments (1)

Diatas inisiatif guru-guru SUPAP MASNA Petang,bahagian aktiviti,telah menjemput Imam Syed Idham bin Syed Nikman (Imam Masjid Bunut) untuk menunjukkan cara-cara menyempurnakan jenazah kepada semua murid-murid.



SOLAT HAJAT BAGI MENGHINDARI PENYAKIT INFLUENZA A H 1 N 1

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 23:21 in | comments (0)

BubbleShare: Share photos - Play some Online Games.