Perlawanan Futsal 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 05:14 in | comments (0)

Hari Ahad. 10 April 2011 bersamaan 6 Jamadilawal 1432 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah menghantar dua buah pasukan yang memakili sesi pagi dan petang untuk menyertai perlawanan futsal anjuran JKPSSUB3.


Antara tujuan perlawanan futsal diadakan ialah untuk mengiratkan ukhwah antara murid-murid dan guru-guru sekolah ugama kawasan Brunei lll.


Perlawanan tersebut telah dijuarai oleh pasukan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi petang. Sementara pasukan sesi pagi hanya mampu sampai ke peringkat separuh akhir sahaja. Hadiah telah disampai oleh Awang Haji Jaafar bin Haji Damit Penolong Pegawai Pengajian Islam Brunei lll.








Lawatan Nazir Al-Quran

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 14:20 in | comments (0)

Hari Sabtu. 10 April 2011M bersamaan 6 Jamadilawal 1432H, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah didatangi oleh Cikgu Hj Noraidi bin Hj Ibrahim nazir lawatan bahagian al-Quran. Lawatan tersebut ketika guru-guru sesi pagi mengadakan Murattal al-Quran di sebelah petang.

Antara tujuan lawatan tersebut ialah untuk membantu guru-guru pada mengukuhkan bacaan al-Quran dengan menerangkan sedikit sebanyak tentang hukum tajuwid yang selalu didapati banyak kesalahan dilakukan ketika membacanya.




Taklimat RPM dan RKT

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 06:52 in | comments (0)

Hari Khamis. 17 Mac 2011M bersamaan 12 Rabiulakhir 1432H Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan sesi taklimat kepada guru-guru sesi pagi dan petang mengenai skim RPM dan RKT yang baru.


Antara tujuan skim baru ini diadakan ialah untuk mengemaskinikan bagi kemudahan guru-guru untuk menyediakan Rancangan Persediaan Mengajar (RPM) dan Rancangan Kerja Tahunan (RKT) dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.


Hasil dari taklimat tersebut guru-guru diminta untuk membentangkan tatacara RPM dan RKT dibentuk untuk dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.





Proram 3K

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 20:15 in | comments (0)

Hari Khamis. 16 Mac 2011M bersamaan 1 Rabiulakhir 1432H, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan aktiviti walkaton dan sukan bagi murid-murid dan juga guru-guru sebelum cuti penggal pertama persekolahan.

Antara tujuan aktiviti ini diadakan ialah selain dari mengikuti program 3K anjuran Jabatan Pengajan Islam ianya juga bertujuan untuk menjaga kesihatan murid-murid dan juga guru-guru serta dapat merehatkan minda dari pembelajaran dan pengajaran seharian di sekolah.



sesi petang



Peraduan Tulisan Jawi

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 18:15 in | comments (0)

Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengikuti Peraduan Tulisan Jawi yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam melalui sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei lll pada Hari Rabu 15 Mac 2011 bagi sesi pagi dan Hari Khamis 16 Mac 2011 bagi sesi petang.


Antara tujuan peraduan tersebut selain dari memilih wakil sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei lll untuk ke peringkat seterusnya ianya juga bertujuan untuk memupuk minat pelajar terhadap keindahan tulisan jawi. Dengan demikian tulisan jawi yang dianggap salah satu warisan bangsa Melayu akan terjaga dan tidak akan hilang di telan zaman.

Program Anak Angkat

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 05:36 in | comments (0)

Hari Rabu. 14 Mac 2011M bersamaan 9 Rabiulakhir 1432H Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan program pembahagian anak angkat kepada guru-guru di sekolah ini. Acara tersebut dimulai dengan ucapan Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna kepada murid-murid.


Antara tujuan program ini diadakan ialah untuk mengeratkan ukhwah dan silaturahim antara guru-guru dengan murid-murid. Selain dari itu dengan adanya program ini sedikit sebanyak ianya dapat membantu dengan memantau dan memata-matai keadaan murid-murid sama ada dari segi pembelajaran dan juga masalah disiplin.




Walkaton Merdeka 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 03:46 in | comments (0)

Hari Ahad. 13 Mac 2011M bersamaan 8 Rabiulakhir 1432H, guru-guru Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengikuti aktiviti Walkaton Merdeka Bersama Keluarga sejauh 3.5km yang dianjurkan oleh JKPSSUB3 iaitu Jawatan Kuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Brunei III.


Acara tersebut telah diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas iaitu kira-kira jam 7.30 pagi yang melibatkan kira-kira 200 orang guru ugama kawasan Brunei III bersama keluarga masing-masing termasuklah tetamu kehormat pada hari tersebut iaitu Cikgu Hj Said bin Hj Abas Ketua Unit Ko Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pegawai Pengajian Islam Daerah kawasan Brunei III beserta penolongnya dan juga beberapa orang pegawai daripada Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Antara tujuan aktiviti ini diadakan ialah selain untuk kesihatan ianya juga bertujuan untuk mengeratkan perhubungan dan ukhuwwah antara guru-guru Ugama kawasan Brunei III dan juga dengan Pegawai Pengajian Islam Daerah kawasan Brunei III.


Aktiviti diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat yang disampaikan oleh Cikgu Dk Hjh Masrelawati Binti Pg Md Said Pegawai Pengajian Islam Daerah Kawasan Brunei III dan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Sabtu Bin Taai Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Muda Abd Malik Bengkurong.