PERADUAN MEMBACA JAWI

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 06:22 in |

Satu Peraduan membaca Jawi anjuran badan akadamik Jawatankuasa Pemimpin-pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Kawasan Brunei III, telah di adakan pada 29-10-2008 di Sekolah Ugama Rimba II Kawasan Brunei III. Sebanyak 10 buah sekolah-sekolah ugama telah mengambil bahagian di dalam peraduan tersebut.
Tetamu Kehormat pada peraduan tersebut ialah Ustaz Haji Ismail bin Haji Abdi Manaf, Pemangku Pengarah Pengajian Islam.
Dalam acara tersebut ianya di bahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian lelaki dan perempuan.
Dalam bahagian lelaki wakil bagi sekolah ini telah mendapat tempat kedua daripada 5 peserta yang bertanding. Dia ialah Ahmad Azim Fitri bin Dahlan dari Darjah 1 Alif, manakala bahagian perampuan pula, wakil murid dari sekolah ini mendapat Johan. Dia ialah Nabilah Khan Noor Alam Khan dari Darjah 1 Ba.
Semoga Usaha-usaha yang diberikan oleh guru dan murid yang mengambil bahagian akan menjadi tauladan kepada semua ahli atau warga sekolah ini, dan di harapkan keputusan cemerlang ini akan berterusan sampai bila-bila masa.

Wakil murid bergambar bersama Guru Besar dan Guru-guru yang terlibat.
Dari Kiri Cikgu Haji Harun , Cikgu Haji Abdul Ghani, Ahmad Azim, Nabilah Khan, Cikgu Hjh Noraidah (guru Besar) dan Cikgu Hjh Noorsalam.

Nabilah Khan Noor Alam Khan
(JOHAN DAN PESERTA TERBAIK KESELURUHAN)

AHMAD AZIM FITRI BIN DAHLAN
(NAIB JOHAN BAHAGIAN LELAKI)


Nabilah Khan dan Ahmad Azim


0 comments: