Majlis Perlantikkan Prefek-Prefek dan Ahli-Ahli 3K

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 08:39 in |

Hari Isnin. 8 Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan majlis perlantikkan secara rasmi prefek-prefek dan ahli-ahli 3K bagi tahun 2010M /1431H dan seterusnya melafazkan ikrar daripada prefek-prefek dan ahli-ahli 3K. Majlis tersebut diadakan selepas acara menaikkan bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26.

Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna, cikgu Hjh Noorhalifah Binti Hj Mantok telah bersedia untuk menyampaikan kain khas kepada prefek-prefek dan ahli-ali 3K yang telah dipilih oleh guru-guru darjah dan ahli-ahli jawatan kuasa 3K.



Penyataan ikrar daripada prefek-prefek dan ahli-ahli 3K
Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi.

Penolong Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi, cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad telah memberikan penerangan dan penjelasan mengenai tugas-tugas dan tanggongjawab prefek-prefek dan ahli-ahli 3K sambil diperhatikan oleh guru-guru.




0 comments: