

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 08:39 in | comments (0)


by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 17:47 in | comments (0)
Hari Isnin. 8 Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan acara menaikkan bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26. Tujuan acara ini diadakan ialah untuk menimbulkan rasa cinta murid-murid terhadap agama, bangsa dan negara. by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 08:13 in | comments (0)
Hari Sabtu. 30hb Januari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah memilih dan melantik beberapa orang murid menjadi prefek dan ahli-ahli 3K bagi tahun 2010M / 1431H. Hasil daripada pemilihan tersebut jumlah prefek seramai 14 orang dan ahli-ahli 3K seramai 15 orang. Acara tersebut juga diselajurkan dengan penerangan tentang tugas dan tanggongjawab yang perlu dijalankan sebagai seorang prefek dan ahli 3K. by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 15:58 in | comments (0)






by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 05:51 in | comments (0)
SU PAP MASNA telah mengadakan majlis diatas pada pagi 23.10.2009 hari Jumaat. Seramai 78 orang murid-murid yang menerima sijil, 68 orang murid-murid sebelah petang dan 15 orang murid-murid sebelah pagi, 4 orang daripadanya mendapat 5 Agg.(3orang Murid Petang dan 1 orang murid pagi).
Sijil-sijil dan hadiah cemerlang itu di Sempurnakan oleh Tetamu kehormat Majlis ialah Yang Mulia Dyg Hajah Salmah binti Haji Ahmad, Pegawai Nazir Lawatan, Kawasan Brunei III, Jabatan Pengajian Islam. Di antara yang hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Pengajian Islam Kawasan Brunei III iaitu Pg Hjh Masrelawati binti Pg Hj Mohd Said dan Penolong Pegawai Pengajian Islam Cikgu Hj Jaafar bin haji Awang Damit dan Guru-guru SU PAP Masna Pagi dan Petang.
Acara Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah yang di ketuai oleh Cikgu Haji Morsidi bin Haji Mohammad. Seterusnya ucapan daripada Pengerusi Majlis iaitu Cikgu Hjh Noor Alifah binti Haji Mantok (Guru Besar SU Pap Masna)
Di antara isi kandungan ucapan Guru Besar ialah "Ucapan Tahniah kepada murid-murid yang lulus didalam peperiksaan sijil Sekolah-sekolah Ugama Darjah VI 2008 dan Kepada Murid-murid yang mendapat Grade 1 dan Agg 5, Kecemelangan ini di harapkan dapat menjadi contoh kepada murid-murid pada masa ini yang mana tidak lama lagi menduduki peperiksaan yang sijil sekolah Ugama.
Tetamu kehormat juga memberikan ucapan pada majlis tersebut, Di antara isi kandungan ucapan tetamu kehormat ialah " Murid-murid yang telah tamat belajar dan Lulus Dalam peperiksaan sijil sekolah-sekolah ugama darjah VI hendaklah meneruskan amalan membaca al Quran dan Amali Agama secera berterusan, janganlah setakat mempelajari semasa di sekolah sahaja. Jadikanlah ia satu Amalan"
Acara majlis di sudahi dengan bacaan doa Selamat yang di bacakan oleh Cikgu Haji Harun bin Haji Zakaria.
Copyright © 2008 All rights reserved.
Design by Padd IT Solutions
.Converted to Blogger by Blogger Tricks.