Kempen 3K

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 13:43 in | comments (0)

Hari Selasa. 27 September 2011M bersamaan 29 Syawal 1432H Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan aktiviti kempen kebersihan 3k.

Selain dari aktiviti sekolah 3k ianya juga bertujuan untuk membisaikan kawasan sekolah sebelum majlis khatam al-Quran darjah VI yang akan dilangsungkan pada 1 Oktober 2011M bersamaan 3 Zulkaedah nanti.




Sambutan Hari Raya Dan Hari Guru

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 04:01 in | comments (0)



Selamat Hari Raya Dan Hari Guru



Hari Sabtu. 17 September 2011M bersamaan 19 Syawal 1432H Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan juga diselajurkan dengan Sambutan Hari Guru.


Acara majlis dimulakan dengan ucapan daripada Cikgu Noralifah binti Hj Mantok Guru Besar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna. Kemudian diikuti ucapan daripada Mohd Jilimi bin Mohd Solihen ketua pelajar Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi.










Pada majlis tersebut diadakan bermacam-macam aktiviti seperti persembahan dari darjah pra hingga darjah VI, soalan kuiz, peraduan bilik darjah tercantik sempena Hari Raya, pakaian pelajar dan guru tercantik, hadiah pelajar dan guru berbakti dan cemerlang dan sebagainya.



Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Mohd Jilimi bin Mohd Solihen. Selepas itu guru-guru menziarahi setiap bilik darjah dengan disambut oleh pelajar-pelajar sambil bermaaf-maafan.





Peraduan Bacaan Rawi 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 17:34 in | comments (0)

Hari Khamis. Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengikuti Peraduan Bacaan Rawi lelaki dan perempuan bagi sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei III selama dua hari bermula 21 dan 23 Julai 2011M bersamaan 19 dan 21 Syaaban 1432H di Sekolah Ugama Rimba I anjuran Jabatan Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Antara tujuan peraduan tersebut diadakan ialah untuk memilih wakil peserta bacaan rawi lelaki dan perempuan sekolah ugama kawasan Brunei lll ke peringkat akhir nanti.

Peserta bacaan rawi lelaki diwakili pelajar sesi pagi dan peserta bacaan rawi perempan diwakili pelajar sesi petang. Hasil keputusan peraduan tersebut peserta lelaki mendapat tempat yang ke sembilan sementara peserta perempuan mendapat tempat yang pertama.



Majlis Khatam Al-Quran 65

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 16:40 in | comments (0)

Hari Rabu. Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 65 tahun pada 20 Julai 2011M bersamaan 18 Syaaban 1432H.

Tujuan majlis tersebut diadakan untuk mendapatkan keberkatan bagi memeriahkan lagi acara Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 65 tahun.

Acara diakhiri dengan dikir marhaban dan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad.




Selain dari itu turut juga diadakan majlis perpisahan bagi guru-guru dari Universiti Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan yang sedang membuat latihan mengajar di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna iaitu Cikgu Md Rais bin Hj Duraman dan Cikgu Kamsiah binti Abdullah.





Sambutan Majlis Isra Dan Mikraj 2011

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 09:28 in | comments (0)

Hari Sabtu. Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan Sambutan Majlis Isra dan Mikraj pada 2 Julai 2011M bersamaan 30 Rejab 1432H.


Sambutan Majlis Isra dan Mikraj diisi dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Kamsiah binti Abdullah dan Cikgu Hj Md Rais bin Hj Duraman dari Universiti Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan yang sedang membuat latihan mengajar di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna. Sesi ceramah tersebut diselangi dengan soal-jawab dan setiap murid yang dapat menjawab soalan dengan betul akan menerima hadiah.


Antara tujuan majlis tersebut diadakan ialah untuk mengimbas kembali akan sirah atau perjalanan hidup Rasullullah SAW yang merangkumi salsilah baginda dan juga perjuangan baginda dalam menegakkan dan mengembangkan serta mempertahankan Ugama Islam. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Cikgu Md Rais bin Hj Duraman.




Peraduan Tahlil Kali Ke 19

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 05:59 in | comments (0)

Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Peraduan Tahlil Dan Doa Arwah ( peringkat saringan ) kali ke 19 bagi pelajar-pelajar lelaki dan perempuan sekolah-sekolah ugama kawasan Brunei lll di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna Jalan Tutong Negara Brunei Darussalam selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Jun 2011M bersamaan 25 dan 26 Rejab 1432H. Sebanyak 14 buah sekolah ugama telah mengikuti peraduan tersebut.





Antara tujuan peraduan tersebut diadakan ialah sebagai usaha ke arah mencapai matlamat persekolahan ugama bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah-sekolah ugama pandai membaca tahlil dan doa arwah dengan baik untuk dipraktikkan dalam kehidupan bermasyarakat.

Pemenang pelajar lelaki dari Sekolah Ugama Pengiran Anak puteri Amal Ummi Kalthum Mulaut dan pemenang perempuan dari Sekolah Ugama Pasukan Anak-Anak Polis Diraja.






Penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti peraduan tersebut telah disampaikan oleh Dk Hjh Masrelawati binti Pg Hj Md Said Pegawai Pengajian Islam Daerah Brunei lll. Turut hadir pada peraduan tersebut Penolong Pegawai Pengajian Islam Daerah Brunei lll, pegawai-pegawai daripada bahagian kegiatan ko-kurikulum Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam dan juga guru-guru pengawas peserta. Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang disampaikan oleh Cikgu Hj Morshidi bin Hj Mohammad.





Photobucket

Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 05:41 in | comments (0)

Hari Khamis. 23 Jun 2011 bersamaan 21 Rejab 1432 Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna telah mengadakan majlis menandatangani rekod kemajuan murid setelah menghadapi peperiksaan setengah tahun.

Antara tujuan majlis ini diadakan supaya guru-guru dan ibubapa atau penjaga murid dapat bermuzakarah bagi meningkatkan prestasi pembelajaran murid di sekolah.