Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 23:06 in |



Hari Selasa. 23hb Februari 2010, satu sejarah negara lagi tercatit iaitu dengan perhimpunan agung sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddein. Perhimpunan tersebut diadakan dalam suasana yang gilang-gemilang dan dipenuhi dengan warna warni walaupun turut ditemani dan dibasahi oleh hujan renyai-renyai.

Acara tersebut dijayakan dengan melibatkan lebih kurang 17,000 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, swasta, persatuan-persatuan, institut-institut pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah dan juga warga-warga asing yang menetap di negara ini.

Tema sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 "NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM".

0 comments: