Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran

by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 22:37 in |



Hari Isnin. 22hb Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan solat sunat hajat, membaca surah yasin dan doa kesyukuran beramai-ramai sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26.

Acara ini bermula dari pukul 7.30 pagi hingga selesai. Tujuan utama acara ini diadakan ialah untuk memohon kepada Allah Subhanahu Wataala supaya Negara Brunei Darussalam dilindungi daripada perkara-perkara musibah terutama penyakit Influenza H1N1 pada masa kini.

0 comments: