Hari Khamis. 25hb Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan peraduan syarahan. Peraduan ini disertai oleh beberapa orang murid dari darjah pra hingga darjah VI. Pemenang syarahan akan ditandingkan lagi dengan pemenang syarahan sesi petang bagi memilih wakil Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna untuk ke peraduan syarahan sekolah-sekolah ugama yang akan dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam nanti.
Di samping peraduan syarahan ianya juga diselitkan dengan beberapa persembahan seperti bacaan surah, seruan azan dan nasyid daripada murid-murid.
Sekitar peraduan syarahan diadakan:
Sekitar Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26
by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 23:06 in | comments (0)
Hari Selasa. 23hb Februari 2010, satu sejarah negara lagi tercatit iaitu dengan perhimpunan agung sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 telah diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddein. Perhimpunan tersebut diadakan dalam suasana yang gilang-gemilang dan dipenuhi dengan warna warni walaupun turut ditemani dan dibasahi oleh hujan renyai-renyai.
Acara tersebut dijayakan dengan melibatkan lebih kurang 17,000 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, swasta, persatuan-persatuan, institut-institut pengajian tinggi, maktab-maktab, sekolah-sekolah dan juga warga-warga asing yang menetap di negara ini.
Tema sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 "NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM".
Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran
by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 22:37 in | comments (0)
Hari Isnin. 22hb Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan solat sunat hajat, membaca surah yasin dan doa kesyukuran beramai-ramai sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26.
Acara ini bermula dari pukul 7.30 pagi hingga selesai. Tujuan utama acara ini diadakan ialah untuk memohon kepada Allah Subhanahu Wataala supaya Negara Brunei Darussalam dilindungi daripada perkara-perkara musibah terutama penyakit Influenza H1N1 pada masa kini.
Majlis Memperingati Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW
by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 21:22 in | comments (0)
Kempen Program 3K Bersama Murid-Murid
by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 07:55 in | comments (0)
Hari Isnin. 8hb Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan kempen 3k. Kempen ini melibatkan guru-guru dan juga murid-murid darjah IV, V dan VI. Adapun tujuan kempen ini diadakan, selain daripada membisaikan kawasan sekolah, kempen ini juga diharap dapat mengukuhkan hubungan guru-guru dengan murid-murid serta melatih murid-murid untuk membantu mengurangkan pemanasan global dunia pada masa kini.
Majlis Perlantikkan Prefek-Prefek dan Ahli-Ahli 3K
by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 08:39 in | comments (0)


MENAIKKAN BENDERA KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
by S. Ugama Pengiran Anak Putri Masna | 17:47 in | comments (0)
Hari Isnin. 8 Februari 2010, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Masna sesi pagi telah mengadakan acara menaikkan bendera kebangsaan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26. Tujuan acara ini diadakan ialah untuk menimbulkan rasa cinta murid-murid terhadap agama, bangsa dan negara. 



















